AIR SUMBER KEHIDUPAN
Manusia memerlukan air untuk hidup. Air digunakan untuk minum, memasak,
mencuci dan membersihkan diri. Tanpa air manusia boleh hidup hanya 7 hari
mengikut purata suhu di Malaysia.
Air yang
sampai ke rumah kita telah melalui 3 peringkat utama berikut;
1 - Rawatan
air di loji rawatan
2 - Simpanan
didalam tangki simpanan
3 -
Penyaliran melalui sistem perpaipan
1) Beginilah keadaan punca atau sumber air sebelum dirawat di loji rawatan.
Bayangkan proses yang terpaksa dilakukan untuk memulihkan air supaya sesuai
untuk dibekalkan kepada pengguna.
2) Inilah keadaan didalam tangki simpanan air yang kita lihat besar dan
berada tinggi di setiap taman² perumahan. Air tersebut sudah dirawat tetapi
masih mengandungi karat, logam berat dan sisa kimia yang terbentuk dari proses
pengkaratan. Bayangkan pula keadaan tangki air di rumah kita? Bilakah kali
terakhir kita cuci tangki tersebut? Air yang kita guna untuk membasuh pakaian,
makanan dan mandi.
3) Pernahkah kita apabila membuka pili air di sinki dan air yang keluar
bukan jernih? ini disebabkan tangki kita yang kotor, ditambah pula dengan
keadaan paip yang telah lama dan berkarat. paip rumah kita adalah baru dan
bersih ketika baru dipasang. Bayangkan keadaan paip rumah kita selepas setahun
digunakan? inikan pula selepas lima tahun.
kesan²
pencemaran air terhadap manusia
Antara
keratan akhbar mengenai kebersihan sumber air yang dibekalkan ke rumah kita
No comments:
Post a Comment